Biodata Bella Dowanna Halim Profile

umur bella dowanna profile wikipedia

umur bella dowanna profile wikipedia

instagram : instagram.com/belladowanna_halim
twitter : twitter.com/belladowanna_

Bila Chacha Masuk Asrama

Mengisahkan seorang gadis bandar yang biasa hidup dalam kemewahan dan mempunyai perwatakan yang manja terpaksa tinggal di kampung atas tuntutan kerja bapanya yang akan berpindah ke Dubai. Bapanya mengarahkan Chacha (Nur Alis Mariya) untuk tinggal di kampung bersama neneknya dan menyambung persekolahannya di sana kerana tiada siapa yang akan menjaganya di rumah. Walau bagaimanapun Chacha menolak cadangan bapanya untuk tinggal di kampung sebaliknya meminta bapanya untuk menghantar dia ke sekolah asrama.

Chacha yang tidak sanggup membayangkan hidupnya di kampung memilih untuk ke asrama. Pada hari dia dihantar ke asrama oleh bapanya dia teruja melihat bangunan asrama yang cantik. Tiba-tiba muncul beberapa orang ‘senior’ antaranya Nisha (Hazirah Qasdina Hazali) dan Mia (Nor Balqis Ahmad Tajudin) menunjukkan papan tanda ‘Asrama Pelajar Baru’ iaitu bangunan yang terletak di sebelah. Chacha yang terkejut melihat bangunan asrama itu kelihatan lama dan buruk tidak seperti apa yang dia bayangkan.

Perkenalan Chacha dengan Tintin (Bella Dowanna Halim) tidak disenangi oleh Chacha kerana perwatakan Tintin yang selekeh. Chacha bertambah cemburu kepada Tintin apabila melihat Tintin mudah menyesuaikan diri di asrama tersebut berbeza dengan dirinya yang tidak biasa berkongsi barang dan bilik kerana dia seorang anak tunggal.

Dalam satu kejadian apabila pelajar diwajibkan pergi ke kuliah subuh Nisha yang cuba mengajak Chacha untuk ponteng tidak menjadi kerana Chacha tidak pernah tinggal solat subuh. Nisha yang geram dengan Chacha cuba mengenakan Chacha dengan memberitahu ustazah yang Chacha pandai mengaji dengan niat untuk memalukan Chacha. Namun Nisha salah kerana Chacha sebenarnya memang pandai mengaji dan Shaq (Adly Imran Rajiani) yang kebetulan dengar berasa kagum dengan Chacha. Nisha yang membuat pelbagai cara untuk Shaq membenci Chacha tidak berjaya apabila Shaq menyukai Chacha dan menyifatkan Chacha seorang yang comel.

Keadaan bertambah rumit apabila Chacha bergaduh dengan Nisha dan Chacha dipulaukan. Chacha yang tidak tahan dengan keadaan di asrama menelefon dan merayu kepada bapanya untuk membawa dia ke Dubai. Selepas bapanya sudah membuat segala persiapan untuk membawa Chacha bersamanya Chacha berbelah bagi sama ada ingin mengikuti bapanya atau tidak. Adakah Chacha akan bertukar fikiran dan meneruskan persekolahannya di asrama bersama kawan-kawan baharunya? Pelbagai kejadian lucu yang berlaku akan mencuit hati anda sepanjang drama ini.

Drama 14 episod terbitan Zeel Production ini disiarkan pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 6.30 petang dengan barisan pelakon muda seperti Nur Alis Mariya, Hazirah Qasdina Hazali, Bella Dowanna Halim, Nor Balqis Ahmad Tajudin, Adly Imran Rajiani, Joshry Adamme Rizq dan Daniel El-Arash.

Biodata Bella Dowanna Halim Profile


Loading...
edwin sjarif biodata, jasmine noor, Umur bella dowanna, biodata vj laissti, deasy noviyanti wikipedia, biodata thalita curtis, edwin syarif wikipedia umur, gafarock wikipedia, Wikipedia kartika berliana, laissti wiki